Sejak kebelakangan ini ilmu tasawwuf semakin dititikberatkan dan menjadi popular. Rukun agama ada 3: 1) Iman iaitu Aqidah 2) Islam iaitu Fekah 3) Ihsan iaitu Tasawwuf. Oleh itu asas tiga ilmu ini menjadi fardhu ain untuk dipelajari. Pelajaran Aqidah yang popular ialah pelajaran sifat 20. Ia terlalu sukar hingga tidak boleh difahami oleh orang ber IQ rendah seperti aku. Feqah yang asas juga susah. Dan banyak permasalahan yang timbul menyebabkan ianya hampir mustahil dipelajari oleh aku. Tasawwuf agak senang. Tak pening sangat macam feqah dan aqidah. Ringkasnya asas tasawwuf ialah menjaga tujuh anggota yang zahir daripada melakukan maksiat dan menggunakannya untuk kebaikan. kemudian membersihkan hati dari 10 sifat mazmumah. Kemudian menghiasi hati dengan 10 sifat mahmudah. secara teorinya memang amat mudah. Tapi dari segi praktikal memerlukan mujahadah yang besar dan istiqomah.
